Wednesday, November 24, 2010

Hari Paling Bersejarah! 24.11.2010

24 November 2010.. tarikh paling bermakna buat aku.. aku berjumpa kembali dengan sahabat lama aku yang telah lama menghilang .. namum ... banyak cerita sedih yang keluar... tapi aku masih gembira kerana kami dapat berkumpul semula seperti di zaman sekolah dulu .. walaupun sekejap tapi aku bersyukur kerana terubat juga rindu aku pada dia.. sahabat ku .. aku tahu kau banyak cerita duka dari gembira .. namum bersabarlah wahai sahabat... kerana ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang sabar.. kisah kau sangat menyayat hati aku .. aku tahu kau sudah menyesal .. menyesal kerana perbuatan kau .. aku bersyukur pada ALLAH kerana telah meyedarkan kau.. sahabatku.. aku berdoa semoga taubat kau diterima ALLAH .. sentiasa lah berdoa pada-NYA untuk ketenangan hati..sahabat ku .. walaupun kau pernah melukakan hati sahabat-sahabatmu .. kami tetap menyayangi kau.. kami sayangkan persahabatan kita bertiga .. semoga ALLAH panjangkan umur kita untuk kita sama2 dapat kembali seperti dulu .. aku harap kau tidak akan lari lagi dari masalah lagi .. dan yang penting aku berdoa pada ALLAH semoga kau tidak akan pergi jauh lagi ... sentiasa lah berada disisi kami wahai sahabatku ... anggap lah apa yang pernah terjadi dalam hidup kau itu hanyalah satu dugaan yang maha esa.. didik lah anak kau dengan agama supaya dia tidak melakukan kesilapan yang sama .. hargai lah dia .. sayangilah dia .. kerana dia tidak bersalah .. hargailah jasa kedua ibu bapa dan keluarga mu yang tidak penah membuang kamu walaupun telah berkali-kali kau lukai hati mereka .. sahabatku .. ketahuilah kau bahawa kami tidak pernah memandang rendah pada kau .. jangan lah kau berasa rendah diri setelah apa yang terjadi pada kau .. kita hanyalah manusia biasa yang sering melakukan dosa.. tapi ALLAH maha pengampun ...maha penyanyang ..mintak lah pada-NYA Insya ALLAH jika kita ikhlas untuk berubah maka berubah lah kita dengan izinNYA.. sahabatku ... aku berdoa semoga kau akan dapat cahaya baru sinar baru untuk meneruskan hidup mu .. semoga kau sedar segala kesilapan yang telah kau lakukan .. berubahlah wahai sahabatku.. berubahlah demi anak mu tersayang .. kami sentisa berada di belakang kamu.. jangan kau terpesong lagi..ikut lah gerak hati mu ..
salam sayang buatmu sahabatku ...

No comments:

Post a Comment

What do U think Bout My Stories?